Lagi Kerajaan Digodam!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua. Terima Kasih kerana sudi untuk membaca . Kami baru sahaja mendapat 1 maklum balas di Email mengenai kegiatan kumpulan pengodam yang cuba bertindak agresif dengan mengodam laman sesawang milik kerajaan Malaysia.

6 Laman sesawang milik kerajaan telah digodam oleh 2 orang pengodam yang dikenali sebagai HeavenCode & Joker Newbie3viLc063s . Mereka meletakkan meseg " Korang Politik Gilakan Kuasa " di setiap laman yang di godam besertakan gambar Datuk Seri Najib Abdul Razak dan gambar kartun Karpal Singh yang sedang memperlekehkan parti pembangkang Pas .

Amat mengecewakan selepas kami mendapati salah satu laman sesawang milik Pemaju Utama Cyberjaya juga diserang oleh pengodam . Bukankah mereka antara pihak yang menjayakan Multimedia Super Corridor ( MSC ) di Cyberjaya dan sepatutnya mereka haruslah lebih peka dalam keselamatan siber ini.

Persoalanya yang ingin pihak MD tekankan di sini adalah kenapa laman kerajaan ini dijadikan sasaran oleh mereka dan adakah ini salah satu permainan politik yang cuba dilakukan ?? Ataupun ingin membuktikan betapa lemahnya sistem keselamatan di Malaysia ini . hmm tepuk dada tanyalah iman .

Printscreen yang sempat kami ambil di laman sesawang yang diserang :


Antara laman yang menjadi sasarang pengodam ialah :

http://ekursus.jkmselangor.gov.my/
http://pkmdklang.jkmselangor.gov.my/lol.html
http://e-levi.kastamns.gov.my/
http://e-kit.kastamns.gov.my/
http://teraju.gov.my/
http://cyberjaya-msc.com/index.html

0 comments:

Post a Comment